Khamis, 23 Julai 2009

pengantin

Kisah 4 Pengantin Baru

Mak Minah dan Pak Mat ada 4 org anak perempuan yang sangat disayangi Siti, Seri, Murni dan Suri. Satu hari mereka berpakat utk kawinkan anak2 ni serentak.
Selepas selamat diijabkabulkan, ke-empat2 anak tu pun bercadang untuk pegi honeymoon. Siti pegi
honeymoon ke Pulau Langkawi, Seri ke Pulau Tioman, Murni ke Pulau Kapas dan Suri ke Pulau Pangkor. Sebelum pegi Mak Minah dan Pak Mat berpesan, 'nanti jgn lupa hantar berita pada mak dan ayah. Ceritakan macam mana honeymoon korang. Tak payah tulis panjang2, pakai kod iklan aja dah cukup. Ringkas,padat dan cepat.' panjang lebar Mak Minah memberi arahan pada anak2nya.

Seminggu lepas tu depa terimalah surat dari Siti yang bertulis 'Standard Chartered' . Tercari2lah kedua suami isteri ni iklan Standard Chartered dan bila jumpa tersenyum le kedua2nya membaca iklan yangbertulis 'Besar, teguh dan peramah'.. Bahagialah Si Sitirupanya. .

Esoknya terima pula surat Seri yang bertulis 'Nescafe'. Carilah iklan Nescafe dan tersenyum lagi keduanya membaca iklan yang bertulis 'Nikmatnya hingga ke titisan yang terakhir' Bahagialah Si Seri rupanya... Selang beberapa hari kemudian, tiba pula surat Murni bertulis KFC'. Carilah iklan KFC dan tersenyum keduanya membaca iklan yang bertulis 'Hingga Menjilat Jari'... Bahagialah Si Murni rupanya...

Seminggu berlalu, tiada surat dari Suri, Mak Minah dan Pak Mat dah risau. Dua Minggu... tak ada jugak.. masuk minggu ke tiga baru sampai surat dari Suri dengan isi kandungannya 'AIR ASIA '. Bergegas le Mak Minah cari iklan penerbangan tu sbb tak sabar nak tau apa yg jadi kat anak bongsunya. Bila dibaca. Mak Minah dan Pak Mat terkulat2 tak tau nak senyum atau menangis.. Apa motto iklan itu...??




'7 KALI SEMINGGU..3 JAM SEKALI.. TANPA HENTI

Rabu, 22 Julai 2009






Maksud ayat


بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم: Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.

1.Katakanlah (wahai Muhammad): (Tuhanku) ialah Allah Yang Maha Esa.
2.Sesungguhnya Allah kekal.
3.Dia tiada beranak dan Dia pula tidak diperanakkan
4.Dan tidak ada sesiapapun yang serupa denganNya.

KANAK-KANAK menyaksikan gerhana matahari menerusi cermin mata khas dan teleskop di pinggir Osaka, Jepun semalam.


Pemerhati di Shanghai juga kecewa apabila hujan gerimis pada sebelah pagi. Namun apabila langit siang hari mula bertukar gelap seperti malam selama kira-kira lima minit, pemerhati menjadi teruja semula.

"Walaupun hujan turun, saya tidak mahu suasana muram. Saya mahu menikmati hari yang istimewa ini," katanya.

Di Bangladesh, penduduk turut bersuka ria.

"Ia adalah saat yang jarang berlaku, saya tidak pernah terfikir untuk melihatnya dalam hidup saya," kata Abdullah Sayeed, seorang pelajar kolej yang berkunjung ke bandar Panchagarh dari ibu kota Dhaka untuk menyaksikannya.


KEADAAN di Shanghai sebelum (atas) dan selepas gerhana penuh.
Katanya kereta di bandar itu memerlukan lampu ketika "siang bertukar malam secara tiba-tiba." Orang ramai berpelukan antara satu sama lain dan sesetengahnya meniup wisel apabila gerhana bermula, katanya.

Gerhana penuh matahari semalam hanya dapat dilihat di Asia dan adalah fenomena paling lama sejak 11 Julai 1991, apabila gerhana penuh berlaku selama enam minit 53 saat dapat dilihat dari Hawaii ke Amerika Selatan. Tiada lagi gerhana penuh yang lama berbanding semalam sehingga 2132. – AP
DUNIA Benua Asia gelap


PERINGKAT pergerakan gerhana matahari dilihat di Guwahati, Assam, India semalam.


Berjuta penduduk diselubungi ketakutan, sembunyi dalam rumah

TAREGNA (INDIA): Gerhana matahari paling lama pada abad ke-21 semalam menyebabkan sebahagian besar benua Asia bertukar gelap gelita selepas fajar ketika berjuta penduduk keluar untuk menyaksikan fenomena sekali seumur hidup itu.

Seorang wanita terbunuh dalam satu kejadian rempuhan di sungai Ganges di India, di mana penganut Hindu berkumpul untuk menyaksikan fenomena itu.

Berjuta yang lain, diselubungi ketakutan, menyembunyikan diri mereka di dalam rumah.

Gerhana matahari

Dapur Impiana / Dapur Pilihan Bulan Ini


Realisasikan Dapur Mengikut Cita Rasa Peribadi

Kediaman banglo yang terletak di Seremban ini memberi seribu pengertian buat pasangan Norizan Osman dan Zainal Othman kerana ia dibina mengikut cita rasa peribadi mereka. Melihat ke ruang dapur pemilik, ternyata ia dihias begitu teliti dan tersendiri. Gandingan rona coklat dan krim pada kabinet memberi impak yang mengagumkan dan menepati ciri-ciri dapur berkonsep Tradisional Inggeris.



Pengalaman dan idea yang dikutip semasa bercuti digabungkan untuk membina kediaman yang ada kini. Bagi merealisasikan impian itu, pemilik bergabung idea dan pendapat dari arkitek berpengalaman yang kebetulan merupakan rakan suami pemilik.

“Saya memang berhasrat untuk menerapkan elemen Tradisional Inggeris pada ruang dapur kering. Suami yang juga minat dalam hiasan dalaman banyak menentukan apa yang terbaik untuk kediaman baru kami. Kami memilih tinggal di Seremban kerana saya sendiri berasal dari Port Dickson.

Dahulu masa di kediaman lama saya hanya mempunyai dapur basah. Segalanya dilakukan di satu tempat dan ruangnya agak terhad. Agak lama juga kami menetap di situ, selepas 10 tahun barulah kami berpindah ke kediaman sekarang. Untuk kediaman baru ini saya sudah memikirkan untuk membina ruang dapur basah dan kering secara berasingan untuk memudahkan dan melicinkan kerja-kerja di dapur,” ujar Norizan memulakan bicara.



SUSUN ATUR YANG KEMAS

Dalam menghias ruang dapur, Norizan amat mementingkan kekemasan kerana berpendapat mudah untuk mencari barang dan sebagainya. “ Saya akan pastikan ruang dapur sentiasa dalam keadaan kemas dan teratur. Bagi menjadikan ruang dapur tampil berkarakter sedikit aksesori dihias mengikut kesesuaian konsep,” ujarnya. Norizan akui selain cetusan idea sendiri, dia banyak menjadikan majalah sebagai rujukan yang terbaik untuk mendapatkan inspirasi.



Ruang dapur yang dibina tidak mengalami sebarang proses ubahsuai kerana ia merupakan idea asal sebelum dibina. Dia kini berpuas hati dengan ruang dapur kerana menepati cita rasa. “Kami memantau setiap proses pembinaan dapur dan semua material yang digunakan dibeli sendiri dan kami puas hati dapat membuatnya sendiri tanpa mengharapkan kontraktor semata-mata. Ruang dapur kering berbentuk L ini terbahagi kepada komposisi kabinet dasar dan kabinet gantung.



Reka bentuk kabinet menepati konsep tradisional Inggeris dengan mengaplikasikan pelmet sebagai pelengkap reka bentuk ini. Padanan rona coklat dan krim menonjolkan karakter dapur berkonsep Tradisional Inggeris. Bagi melengkapi gaya di ruang dapur kering, dapur tungku jenama Rinnai dan hud Eerogaz jadi pilihan. Pemilik juga memilih singki dari granit binaan teguh dan tahan lasak. Singki jenis ini direka dengan sifat keteguhan di mana ia tahan calar dan kalis serpihan.

Penggunaan paduan lampu putih dan lampu kuning memberi mood berbeza di ruang dapur kering. Aplikasi bidai Roman melengkapi gaya dapur pemilik yang berkonsep tradisional Inggeris.

Sepenuhnya dalam Dapur Impiana Julai-Sept ini. Dapatkan dipasaran sekarang.

Selasa, 21 Julai 2009

Majlis Perkahwinan




Ahad, 19 Julai 2009

Temasya Sukan sekolah Keb. LKTP Redong 09




Sukan Sekolah Yang telah di adakan Pada pertengahan Tahun ini, amat meriah dengan diwarnai pasukan-pasukan yang menyertai pertandingan tersebut...Permulaan yang menarik pesaing-pesaing merebut pingat emas, telah menjadikan perlawanan yang sihat ini bertambah hangat bingat. Cikgu-cikgi begitu beria-ia menjeit,melontarkan kata-kata semangat kepada anak buahnya...itulah rupa seorang guru.Bersungguh-sungguh untuk melihat kejayaan anak didiknya.


Pertandingan Jejak Maklumat peringkat Daerah Segamat,2009


Pertandingan Jejak Maklumat 09 telah diadakan pada 14 Julai 2009 di SMKA, Segamat. semua Jawatankuasa MGPM segamat terlibat dan juga semua pegawai PKG Daerah Segamat. Aktiviti tersebut bermula pada pukul 9.00 pagi. Semua peserta yang terdiri darpada murid-murid sekolah menengah dan Rendah berkumpul di padang untuk mendengar Taklimat. Majis penutup ini disempurnakan oleh Encik Sazali sebagai wakil PPD Daerah Segamat...

Khamis, 16 Julai 2009

kesiannya....semua dah lapar.tulah, suruh sarapan pagi tak mahu..maklumlah dah tak sabar nak berjalan jauh...
penat berjalan...beriadah di R&R di Lebuhraya Jabor.


Aktiviti SK LKTP Redong 09

Rabu, 15 Julai 2009


laman impian


Terima Kasih dan Teruskan Sokongan Kepada Blog Kami...