Rabu, 16 September 2009

MENJELANG SYAWAL

Syawal datang lagi...Itulah rutin tahuan selagi kita berada di permukaan bumi ini.Kata orang habis sahaja bulan ramadan,dosa manusia akan terhapus juga,namun selepas masuk sahaja bulan syawal,mulalah melakukan rutin harian yang rasanya tidak berfaedah dan menambah dosa.

Cerita sahaja tentang hari raya,kanak-kanak terasa seronoknya.Dapat baju baru,kasut baru dan duit raya.bagi ibubapa mereka terasa pula,mula merasa risau,takut selepas habis sahaja raya terpaksa mengikat perut,kesian mereka.Wang kocek sebanyak RM250 oleh PM, dapat juga mengurangkan keresahan ibubapa.Namun bukan semua yang merasakannya.Hanya kepada mereka yang terpilih sahaja.

laman impian


Terima Kasih dan Teruskan Sokongan Kepada Blog Kami...