Selasa, 27 Oktober 2009

Perjumpaan Majlis Guru Perpustakaan dan Media Sekolah Rendah Daerah Segamat 2009


Selama 2 tahun Majlis Guru Perpustakaan dan Media (GPM)sekolah rendah daerah segamat beroperasi,banyak perubahan yang berlaku dalam pengurusan pusat sumber sekolah-sekolah daerah segamat daripada biasa kepada yang lebih cemerlang...Pengorbanan ahli-ahli majlis GPM terhadap sumbangan kepada Daerah segamat amat banyak..terutamanya menaikkan nama daerah segamat ke peringkat kebangsaan. Tahun 2009, sekolah daerah segamat mencatat johon dalam program nilam peringkat negeri dan tempat ketiga peringkat kebangsaan. Saat mengembirakan ahli-ahli GPm adalah apabila sumbangan mereka dihargai.Saya sebagai ahli jawatankuasa GPM peringkat daerah ucapkan tahniah kepada pengerusi Majlis GPM daerah segamat iaitu Pn. Sharifah Rahmah Bt. Sy. A.Rahman, Naib Pengerusinya, En. Rosli b. Samad,Bendaharinya Pn. Roziana Bt. A. Aziz,S/u Cik Zeti Emilin Bt. Arshad dan sahabat-sahabat yang lain..Selama 2 tahun kita bersama mengharungi suka duka dalam Majlis GPM merancang,melaksana dan mengurus Pusat sumber sekolah segamat amat menyeronokkan dan akan terus terpahat dalam jiwa setiap ahli..Pembubaran ahli lama dan akan digantikan dengan ahli-ahli baru sangat perlu untuk melatih semua Guru Perpustakaan dan Media merasai bagaimana untuk menguruskan sesebuag organisasi yang terdiri dari 108 buah sekolah di peringkat daerah segamat. Kepada Semua Ahli PUSat Kegiatan Guru yang Sering memberi dorongan dan galakkan diucapkan berbanyak-banyak terima kasih..

Ahad, 11 Oktober 2009

Sambutan Aidilfitri Sekolah LKTP Redong 9 Oktober 2009










Sambutan Hari Raya sekolah telah diadakan pada hari Jumaat iaitu pada 9 Oktober 2009 bersamaan 18 Syawal 143o Hjrah. Semua guru dan murid begitu sibuk menyiapkan juadah untuk jamuan hari raya...Jamuan guru dikatakan sangat mewah sehingga guru-guru membawa bekal ke rumah..Majlis sekolah bermula dengan menjamu selera pada pukul 10 pagi dan berakhir pada pukul 11 pagi.hidangan pada waktu itu adalah ketupat segera,sambal lodeh,dan yang sewaktu dengannya.Bukan main riuh rendahnya waktu itu.Walaupun tak semeriah sambutan hai raya peringkat perdana,namun kemeriahan ada juga dirasai.

Ahad, 4 Oktober 2009

1 Syawal 1430Hijrah






Bersyukur Kehadrat Ilahi kerana dengan NikmatNya,kami sekeluarga dapat berkumpul pada Pagi Raya Aidilfitri...Keseronakkan dapat dirasai apabila melihat terlatah anak-anak sendiri dan anak-anak buah yang lain dipagi raya..pada tahun ini telah bertambah 2 orang cucu untuk ibubapa di kampung,apabila family abang dapat menimang cahaya mata yang pertama dan juga kami mendapat cahaya mata perempuan...dikirakan ada 12 cucu semuanya..bila semua berkumpul pening kepala datuk dan neneknya melayan kerenah cucunya....Biasalah tu...

laman impian


Terima Kasih dan Teruskan Sokongan Kepada Blog Kami...