Selasa, 28 September 2010

Sambutan Hari Raya 2010






Hari Raya tahun ini,aku beraya di Kuala Terangganu.Kebiasaannya pada pagi raya kami menjamu selera nasi dagang dan ketupat palas..aku bersama adik beradik ipar bersembayang di Masjid KUZZA.Pada tahun ni kegembiraan hari raya kurang dirasai.kerana anak perempuan yang kecil sekali tidak begitu sihat..Kurang lah aku berjalan kerumah sanak saudara di terengganu kerna keadaan anak yang tidak mengizinkan..begitu juga semasa berada di kg ku di Prit raja...aku kurang beraya di disana...banyak tempat telah aku bawa ke klinik..tidak juga mujarab..akhirnya aku bawa anak aku berurut di 2tempat yang berlainan...akhirnya berkesan juga..Alhamdulillah..

Majlis Marhaban & Doa Selamat 2010






Alhamdulilah...Syukur Kahadrat Ilahi,kerana dengan Limpah kurniaNya,Kami sekeluarga dapat hidup bahagia di rumah baru kami ni. Selama 4 tahun kami menyimpan tanah yang tidak sebesar mana di ceruk Bukit Siput,akhirnya pada 22 Ogos 2010 bersamaan 12 Ramadan 1431 Hijrah dapat disiapkan dengan sempurna. Walaupun banyak rintangan yang kami lalui dari tahun 2006,namun kejayaan dapat dirasai sekarang.Kegembiraan dan kesyukuran dapat digambarkan apabila bulan syawal kami beraya di rumah baru..Semoga segala suka dan duka sebelum dan selepas kami berada di rumah baru ni,dapat kami harungi dengan tabah dan berserah kepada Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Pemurah.

Rabu, 15 September 2010

hari raya


Gambar Keluarga Hari Raya Tahun 2010

laman impian


Terima Kasih dan Teruskan Sokongan Kepada Blog Kami...