Rabu, 25 November 2015

Tahun 2015 sudah hampir dipenghujungnya.....maka sudah pasti tahun 2016 akan menyusul.....dan kita tidak pasti apa yang akan belaku pada tahun 2016.Yang pastinya tahun 2015 banyak meninggalkan kenangan ,sama ada yang pahit dan yang manis....

Sabtu, 21 November 2015

Kebahagian tidak diukur dari seberapa banyak yang dimiliki, tetapi dari perasaan mensyukuri apa yang dimiliki.
MAJLIS PENYAMPAIAN SIJIL DAN HADIAH TABIKA DAN TASKA KEMAS 2015

Ahad, 18 Mac 2012

tragedi 27/02/2012






Tragedi yang berlaku lebih kurang pukul 8.00 pagi pada hari selasa 27/2/2012,telah membuatkan aku rasa takut untuk bersukan dengan lebih lasak lagi.Waktu itu adalah masa 1murid 1sukan...aku bermain bola sepak bersama pelajar lelaki di padang sekolah SK LKTP Redong.Malangnya,tak sampai 5 minit aku di padang,aku telah disepak dari belakang oleh salah seorang murid tahun 5.Dan kedengaran bunyi "Pop" dan aku tersungkur dan tidak dapat berjalan.Aku dibawa ke klinik labis,dan hanya berpandukan X-ray aku dikatakan terseliuh je,dan diberi cuti 1 minggu tanpa ada rawatan lain.dah seminggu aku dirumah..kaki ku masih bengkak dan seperti ada darah beku di buku lali ku...namun aku masih tak kisah walaupun terasa sakit dibelakang buku lali.pada hari Isnin berikutnya,aku pun ke hospital untuk mengetahui lebih lanjut tentang keadaan aku.Dr. kemudiannya memeriksa aku,didapati urat keting aku telah putus dan perlu dibuat pembedahan.Disebabkan ramai pesakit yang perlu dibuat pembedahan,aku hanya menunggu pembedahan dengan keluar masuk hospital selama 2minggu..dan saat aku hampir buat pembedahan,ia dibatalkan oleh dr.dan diminta kaki aku di simen sampai kepeha dan rawatan susulan 6minggu.Akhirnya aku mengambil keputusan untuk ke private hospital.pada hari khamis selepas keluar dari wad hospital,aku terus ke Hospital pantai dan dr. membuka simen dikaki kiri ku dan akan melakukan pembedahan pada pukul 10.00mlm.Pada mulanya,dr.ingin membatalkan pembedahan,kerana tekanan darah saya hingga tahap 200 keatas.namun akhirnya diteruskan..selesai pembedahan pada pukul 1.30pagi hari Jumaat...Alhamdulillah,akhirnya saat pembedahan telah selesai aku dibenarkan keluar wad pada hari sabtu jam 2.00 petang dan bil rawatan adalah hampir RM7000..Mujur aku ada membeli Insuran. Kini,aku menunggu hari yang kaki aku pulih sepenuhnya...

Khamis, 1 Mac 2012

Santai bersama rakan kayuhan 2012..



Jamboree Nusa iskandar 2012...2/2012



Sambutan Maulidur Rasul Peringkat sekolah 2012





laman impian

Loading...
Terima Kasih dan Teruskan Sokongan Kepada Blog Kami...