Isnin, 16 November 2009

Perlawanan Bola Sepak Staf dengan Pelajar LKTP Redong 2009






Perlawanan bola sepak antara murid Tahun 6 dengan Guru SK LKTP Redong telah berlangsung pada hari Selasa,17 November 2009 di padang Sekolah Redong..Perlawanan bola sepak ini berkesudahan 6 jaringan dari pihak guru,3 jaringan dari pihak murid..Tahniah kepada semua pihak kerana mempamerkan permainan bersih tanpa dikenakan sebarang kad kuning atau merah.Syabass...

Khamis, 12 November 2009

Pusat Sumber Sekolah LKTP Redong 2009







Aktiviti akhir Tahun 2009,Semua Pustakawan dan Pustakawati Sedang mengemaskini Pusat Sumber Sekolah Redang.

Majlis Makan MalamKelab Bilik Guru Di Villa Hotel










Majlis Makan malam staf LKTP Redong telah diadakan di Villa Hotel pada malam Rabu bersamaan 11 November 2009.. Jamuan akhir Tahun ini menandakan perjumpaan terakhir ahli staf pada tahun 2009..Ucapan pengerusi dan Guru Besar serta nyanyian staf memeriahkan majlis tersebut.

Rabu, 11 November 2009







Pada hari Selasa(10.11.2009) Ahli Majlis Guru Perpustakaan Media (GPM) Daerah Segamat telah mengadakan aktiviti kunjung Bantu untuk kali ke-2 pada tahun ini. Lokasi yang menjadi pilihan untuk kali ini adalah Sekolah Kebangsaan Sepinang. SK Sepinang merupakan sekolah SKM dalam daerah Segamat.Di mana muridnya seramai 110 orang dan mempunyai 13 orang guru. Kami berada di sana bermula pukul 8.00 hingga pukul 5.00 petang aktiviti yang djalankan adalah seperti mengemas kini fail Puasat Sumber,Menceriakan Bilik Media,mebuat carta-carta dan sebagainya.Atas kerjasama semua ahli majlis dan Guru Media Sepinang,aktiviti ini berjaya djalankan.

Selasa, 10 November 2009

Ahad, 8 November 2009

Perkhemahan Ledang SK LKTP Redong 09



Rabu, 4 November 2009

SUKAN TRADISIONAL RAKYAT SK FELDA REDONG,2009

















Sekolah Felda Redong telah menganjurkan Program sukan rakyat 2009 di Padang sekolah sk Redong pada 3 November 2009. Berbagai acara tradisional Melayu dipertandingkan..antaranya Ting-ting,galah panjang,tiup tepung,tiup belon,menyusun tin, lumba trompah tempurung,melastik getah,konda-kondidan banyak lagi...keseronokkan dapat dirasai oleh murid-murid felda redong,yang ada diantaranya baru mengenali permainan tersebut...Memang patut sukan ini diadakan sepanjang tahun,kerana bimbing permainan tradisinal Melayu pupus begitu sahaja disebabkan bersaing dengan permainan barat seperti Pinball,snooker,dan sebagainya

PROGRAM KHIDMAT BANTU MAJLIS GPM DAERAH SEGAMAT,2 NOVEMBER 2009






Salah satu Program Tahunan Majlis Guru Perpustakaan Media Daerah pada 2009 adalah mengadakan program khidmat Bantu ke sekolah-sekoah SKM atau sekolah yang perlu diberi Khidmat bantu. Program yang di rancang bersama PKG dan PPD segamat dilasankan di Sekolah Keb. Kemedak. Jarak dari Pejabat PPD ke Sek Kemedak lebih kurang 40 KM..Keadaan laluan ke sekolah Kemedak sangat mencabar kerana kira sebagai kawasan Pendalaman. Ahli Majlis bergerak dari pukul 8.00 pagi,3 November 2009 dengan memandu 5 kenderaan dan sampai ke sekolah tersebut pukul 9.15 pagi.seramai 13 ahli GPM dan seorang wakil PKG iaitu En. Abu Nawar turut serta dalam program tersebut..Pada mulanya kedatangan kami disambut dingin oleh guru Besar SK. Kemedak,mugkin disebabkna pihak sekolah tidak tahu kedatangan kami,setelah dijelaskan oleh pengerusi GPM..Pihak kami diberi layanan baik oleh En. Ali,Guru Besar SK Kemedak..Setelah kami meninjau keadaan PSS Sk. Kemedak,gurunya En. Anuar sangat mengharapkan bantuan Kami..Kami mula menjalankan tugas yang telah diagihkan mengikut kepakaran masing-masing.Saya dtugaskan menyediakan mini pentas bercerita..Debih kurang pukul 3.50 petang kami semua dapat menyiapkan tugas masing-masing dengan perasaan sungguh gembira.

Ahad, 1 November 2009

Percutian Di Cameron SK LKTP Redong









Selama dalam perjalanan, Banyak tempat telah dikunjungi..Tempat yang pertama adalah putra Jaya,sampai sahaja di sana pukul 9.30 malam.Di sana masing2 bersembahyang Jamak Isyak dan Maghrib..dalam pukul 11 malam bas bertolak ke cameron berhenti di Tapah untuk berehat. Tempat pertama dilawati di Cameron adalah masjid Tanah Rata Cameron dalam pukul 5.30 pagi..perjalanan diteruskan ke MARDI dalam pukul 8.30 pagi,ke Tempat Menjual Ais Krim Strawbery, Kilang Teh BOh,Taman bunga Ros,Taman Lebah,Taman Kaktus,dan pada kul 3.00 petang Check in di Hotel Jasmien Bilik C6..Waktu petangnya pergi Pasar Malam. keesokannya kami bertolak jalan pulang kul 9.30 pagi menuju ke Teh Tarik Cafe..selama 30 minit minum teh tarik dan keladang teh,kami teruskan perjalanan ke Bidor,tempat Buah-buahan,akhir sekali ke Gua Tempurung..Penat gila..perjalanan gelap dan memanjat tangga. masa perjalanan selama 45 minit..Pukul 3 petang mulakan perjalanan balik. berhenti di perhentian seremban untuk bersolat dan makan malam. sampai sahaja ke Felda Redong dalam Pukul 11.45 malam..

laman impian


Terima Kasih dan Teruskan Sokongan Kepada Blog Kami...